KUANTAN: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan Tantawi sebagai calon parti itu bagi kerusi Parlimen Indera Mahkota untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pengumuman itu dibuat ketika beliau berucap pada Majlis Amanat Pilihan Raya PAS Teraju Pahang di Padang Awam Cenderawasih, dekat sini, sebentar tadi.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira kemampuan beliau yang sebelum ini bertanding di kerusi Parlimen Temerloh pada pilihan raya umum lalu.

“Lagi pun, beliau juga berasal di sini dan sesuai untuk kita memilih beliau untuk bertanding di kawasan ini.

“Kita ada kekuatan (jentera) di sini (Indera Mahkota) dan tidak ada masalah untuk kita memenangi kerusi Indera Mahkota,” katanya – berita harian