IPOH: Seramai 37,706 pelajar di Perak menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula hari ini.

Pengarah Pendidikan Perak, Datuk Rozi Puteh Ismail berkata daripada jumlah berkenaan, seramai 35,720 adalah pelajar sekolah kerajaan manakala 1,986 pelajar persendirian.

“Daripada jumlah itu juga 76 orang adalah calon berkeperluan khas.

“Semuanya mengambil peperiksaan¬† di 323 pusat peperiksaan dan ada enam calon yang terlibat kemalangan mengambil di enam buah hospital berlainan,” katanya selepas membuat lawatan pemantauan perjalanan SPM di SMK Gunung Rapat di Ipoh pada pagi Isnin.

SPM Perak
SPM Perak
SPM Perak
SPM Perak
SPM Perak
SPM Perak

 Katanya, seramai 2,451 petugas peperiksaan bertugas di seluruh Perak sepanjang peperiksaan itu berlangsung.

“Kita mendoakan kesemua anak-anak kita berjaya menduduki peperiksaan yang bermula hari ini dan berakhir pada 6 Disember depan,” ujarnya.