KUALA LUMPUR: Empat pegawai Bank Negara Malaysia diarahkan bercuti sementara menunggu hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pembelian sebidang tanah kerajaan bernilai RM2 bilion, demikian menurut laporan The Star Online hari ini.

Wall Street Journal sebelum ini melaporkan sebidang tanah seluas 22.5 hektar terletak di persimpangan bangunan Sasana Kijang Bank Negara di Kuala Lumpur dijual bagi menyuntik dana untuk menyelamatkan 1MDB.

Bank Negara juga didakwa membayar harga yang lebih bagi tanah berkenaan, suatu dakwaan yang dinafikan bank pusat itu.

Pada Jun lalu, bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Muhammad Ibrahim meletak jawatan berhubung kontroversi itu.

Tanah itu dikatakan dibeli Bank Negara untuk digunakan sebagai tapak Global Islamic Finance University dan Akademi Kajian Syariah Antarabangsa bagi Kewangan Islam – berita harian