BAGAN SERAI: Sempena Ramadan kali ini, seramai 40 orang penduduk Kampung Sungai Setar, Titi Serong menerima sumbangan barangan keperluan dapur.

Sumbangan disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multi Media dan NGO Negeri Perak, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Titi Serong, dalam satu majlis di kampung tersebut pada Ahad.

Program mendapat kerjasama daripada Persatuan Kebajikan Harmoni Parit Buntar dan MPKK Kampung Sungai Setar.

Hasnul berkata, kerajaan sentiasa prihatin terhadap kebajikan golongan yang kurang bernasib baik di seluruh negeri.

“Semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga tersebut untuk menyambut Ramadan Al-Mubarak,” katanya.