Oleh:Nazialita Geynna Maharan

IPOH: Seramai 400 mangsa banjir dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) berikutan kenaikan paras air mendadak di sekitar Ipoh sejak petang Khamis.

Pegawai Bencana dan Operasi Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kinta, Lt. (PA) Rayner Saimon berkata hujan berterusan sejak beberapa hari lepas menyebabkan paras air meningkat khususnya di Bercham, Kg Tawas Tambahan Sri Klebang, Kg Sri Kinta dan Taman Desa Tasek Bakti.

09490dd1-7690-4d4a-ba20-fdaf42cfa3bb

Katanya, ia menyebabkan beberapa kediaman terjejas teruk dan kerosakan harta benda serta kenderaan.

“Sebanyak 102 keluarga telah ditempatkan di Dewan Temple Huat Tian Keong, Bercham dan pusat itu dibuka sekitar jam 10.15 pagi Jumaat.

“Buat masa ini seramai 27 anggota terdiri daripada pasukan APM, Bomba, PDRM, JKM dan KKM serta melakukan pemantauan dan proses pemindahan mangsa,” katanya.

b05f3915-a146-456d-ad9e-2674c2b01e8f

Rayner berkata, antara kawasan kediaman yang terjejas adalah Taman Desa Impian,Taman Kinta Emas di mukim Tanjung Rambutan.

Sementara itu, Ketua Pemuda MCA Ipoh Barat, Low Guo Nan yang turun padang mendapati antara punca banjir kilat di kawasan tersebut adalah disebabkan oleh masalah perparitan di taman perumahan di kawasan tersebut.

7a001f4c-90ef-43d6-b873-7fc112b261cb

“Kita menggesa pihak berwajib mempercepatkan pembinaan longkang saliran dari Bougainvillea Club hingga Lebuh Medan Bercham Taman Ipoh.

“Ia perlu dilaksanakan agar 60 peratus air longkang boleh disalirkan ke saliran berlainan yang seterusnya mengurangkan atau mengelakkan kejadian banjir kilat di Taman Desa Impian,” katanya kepada pemberita.