IPOH: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak telah mengenalpasti 42 kontak rapat dengan satu kes baharu positif COVID-19 yang dilaporkan di daerah Kinta hari ini.

Menurut kenyataan JKN Perak, kes positif itu dikesan susulan daripada aktiviti saringan bersasar di kalangan pelajar Tahfiz.

Katanya, daripada 42 kontak rapat itu, seorang telah dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) kerana bergejala manakala 41 yang lain diasingkan di Pusat Kuarantin.

“Punca jangkitan masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook rasmi JKN Perak malam ini.

Jabatan itu menasihatkan orang ramai akan meneruskan amalan norma dan kebiasaan baru dalam menjalani kehidupan seharian.