IPOH: Seramai 43 mangsa banjir daripada 10 keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Sekolah Agama Rakyat Kg Padang Serai, Beruas yang dibuka sejak 2 Disember lalu.
Bilangan itu terus berkurangan berbanding 58 orang daripada 14 keluarga pada petang Isnin.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN ) Perak bagaimanapun memberitahu, paras air masih kekal 0.1 meter, sama seperti yang dilaporkan semalam.

Menurut jurucakap itu, cuaca di sekitar kawasan Kampung Padang Serai mendung juga kelihatan.

Sebelum ini, jurucakap JPBN melaporkan keadaan banjir di Kg Padang Serai lambat surut kerana struktur tanah tepu menyebabkan kadar penyerapan perlahan serta kedudukan kawasan yang lebih rendah dari paras laut / sungai.