KUALA TERENGGANU : Empat puluh lapan sekolah di negeri ini rosak dalam kejadian ribut semalam.

Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Safruddin Ali Hussin, berkata beliau bersyukur tiada kemalangan jiwa dilaporkan walaupun kejadian berlaku pada sesi persekolahan.

“Kebanyakan sekolah mengalami kerosakan pada bahagian bumbung atau atap bangunan.

“Semua sekolah beroperasi seperti biasa pada hari ini,” katanya selepas melawat beberapa sekolah yang terbabit dalam kejadian ribut hari ini.

Beliau berkata, arahan pembaikian segera kerosakan kecil sudah dihantar kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang berkaitan untuk menggunakan peruntukan sedia ada.

“Saya dimaklumkan PPD sedang mendapatkan anggaran kos sebenar kerosakan dengan menggunakan kepakaran Jabatan Kerja Raya,” katanya.

Antara sekolah yang rosak di daerah Kuala Terengganu adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Paloh, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa Wei Sin, SK Paya Bunga, SK Telok Pasu, SK Pusat Bukit Besar, SK Losong, SK Kepong, SK Manir, SK Seri Budiman 2, SK Bukit Losong, SK Bukit Bayas, SK Pulau Rusa, SK Beladau Kolam, SK Atas Tol dan SK Kedai buloh.

Turut terjejas adalah SK Rengas Bekah, SK Seri Nilam, SK Seri Budiman, SK Durian Burong, SK Pusat Chabang Tiga, SK Pasir Panjang, SK Padang Hiliran, SK Pusat Kuala Ibai, SK Kg Tengah, SK Wakaf Mempelam, SK Banggol Peradong, SK Kebor Besar, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Nilam, SMK Sultan Ahmad, SMK Belara, SMK Dato Razali Ismail, SMK Sultan Mansor dan SMK Sultan Sulaiman.

Safruddin berkata dua sekolah yang rosak di daerah Dungun adalah SK Jerangau dan SMK Jerangau sementara SK Gong Balai di Marang.

Di Hulu Terengganu empat sekolah terjejas adalah SK Bukit Perah, SK Bukit Apit, SK Felda Tersat, SMK Landas dan SK Tapu.

“Kita juga memohon peruntukan kecemasan daripada Kementerian Pendidikan berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh pengetua dan guru besar.

“Pengurusan di sekolah terbabit sudah diminta memagar kawasan yang terjejas dengan pita keselamatan,” katanya – berita harian