KUALA KANGSAR – Kira-kira 500 penduduk di Kuala Kangsar menunaikan solat hajat bagi mendoakan keselamatan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan kenamaan lain dalam insiden helikopter hilang di Sarawak.

 

Solat hajat itu dilakukan di Masjid Ubudiah, di sini, sejurus selesai solat Jumaat, tengahari tadi.

Turut sama menunaikan solat hajat adalah adik kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar tersebut, Wan Mohd Khairul Fallah Wan Ahmad.

Dalam pada itu, hampir 500 pelajar Madrasah Idrisiah di sini turut mengadakan solat hajat bagi mendoakan keselamatan semua mangsa insiden tersebut.