IPOH – Seramai 52 daripada 3,753 calon sekolah kerajaan di negeri ini yang menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2017 berjaya memperoleh keputusan cemerlang Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0.

Pengarah Pendidikan Negeri, Datuk Mat Lazim Idris berkata, daripada keseluruhan calon itu juga, seramai 3,700 calon telah mendapat keputusan lulus penuh iaitu 98.59 peratus.

Katanya ia sekali gus telah meningkatkan pretasi dari segi Kualiti Gred Purata Sekolah (GPS) negeri Perak daripada 2.74 untuk tahun 2016 kepada 2.77 untuk tahun 2017.

dd4c4d07-06ac-43bf-80a0-eff954ad1f46“SMK Hua Lian, Taiping berjaya mencatat bilangan PNGK tertinggi iaitu 3.42 manakala SMK Sam Tet telah mencatat bilangan PNGK 4.0 paling ramai iaitu seramai lapan orang calon.

“SMK Raja Shahriman, Beruas pula telah mencatatkan lonjakan GPS tertiggi berbanding tahun 2016 iaitu peningkatan dari 2.67 kepada 3.17.

 

“Selain itu, seramai 1,546 calon telah mendapat PNGK antara 3.0 ke 4.0, ini bermakna ia telah meningkat sebanyak 2.04 peratus berbanding tahun lalu,” katanya pada satu sidang media khas di sini pada Selasa.

Dari segi peningkatan prestasi mata pelajaran pula, Mat Lazim berkata 12 subjek yang ditawarkan kepada calon juga telah menunjukkan keputusan positif manakala 9 lagi mengalami penurunan.

“Antara mata pelajarna yang menunjukkan peningkatan adalah Bahasa Arab dengna 25.11 peratus, Matematik (M) dengan 14.50 peratus, Geografi (8.16 peratus) dan Matematik (T) (4.59 peratus) berbanding tahun lalu.

“Dari segi sekolah pula, 38 buah sekolah telah mencatatkan pencapaian lulus penuh 100 peratus, 27 buah sekolah berjaya mengekalkan pencapaian lulus 100 peratus sementara 5 buah lagi menunjukkan peningkatan peratus lulusnya berbanding tahun lalu,” jelas beliau.

Pencapaian dari segi kebangsaan pula, beliau memberitahu SMK Wah Lian telah dipilih sebagai sekolah ketiga terbaik negara dari segi pencapaian STPM 2017.

“Kita juga mempunyai tiga pelajar yang dipilih untuk menerima anugerah di peringkat kebangsaaan dalam kategori Pendidikan Khas, Abdul Hakim Abdul Majid (SMK Alang Iskandar), Pelajar Orang Asli, Vaneisha Williams-Hunt (SMK Tapah) serta anugerah khas, Chee Fong Ting (SMK Sam Tet Ipoh).

“Pencapaian cemerlang ini banyak dibantu oleh kerajaan negeri melalui Yayasan Perak yang telah memberikan sumbangan kewangan untuk menjayaka pelbagai program pendidikan,” katanya.