IPOH: Sempena bulan Ramadan yang penuh barakah ini, seramai 54 kanak-kanak miskin di kawasan Rumah Pangsa Jalan Hospital diberi peluang memilih baju raya mereka di Pusat Membeli Belah UO di sini pada Selasa.

88e80d2c-f033-4ccd-97cf-abf486383ba7Mereka dibawa membeli belah sempena program Jejah Ramadan: Kasih Arif Untuk Daif yang dianjurkan Surau Al – Hijrah Rumah Pangsa Jalan Hospital dengan kerjasama RTM, Kolej Haaza, YBU, Chefkop dan Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) Negeri Perak yang dipengerusikan Datin Seri Saripah Zulkifli.

Setiausaha LKPIM Negeri Perak, Datin Fairuz Hassan berkata, setiap kanak-kanak diberikan peruntukan sekitar RM100, tidak termasuk diskaun yang diberikan pihak pusat membeli belah.

“Program seumpama ini adalah acara tahunan kami, lazimnya kami yang memilih anak-anak yang memerlukan tetapi kali ini pihak penganjur memilih penerima dan kami membiayainya,” katanya ketika ditemui bersama-sama lebih 40 ahli LKPIM Negeri Perak menemani kanak-kanak berkenaan membeli belah.

93f5c1d1-81fd-4a3a-b330-3eda831e5d41Turut membantu melancarkan lagi aktiviti itu ialah 10 sukarelawan Yayasan Bina Upaya (YBU) yang diketuai Pegawai Penyelaras Sukarelawan YBU, Salim Putra Ahmad Shibi dan pihak penganjur.

Surirumah, Norlina Dollah melahirkan rasa syukur kerana dua anak dan tiga anak saudara yang dipeliharanya turut tersenarai sebagai penerima pakaian raya itu.

“Syukur Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu, anak-anak saya sangat gembira mendapat pakaian raya serba baru,” ujarnya.

f8936609-2e3f-4942-8e4d-7d0f19752a36Nur Alia Shuhana, 11, dari Sekolah Kebangsaan Seri Kepayang tidak dapat menyembunyikan rasa gembira untuk menyambut Hari Raya kerana mendapat sepasang baju dan kasut baru.

“Seronok sangat, terima kasih kerana belikan saya baju baru untuk raya kali ini,” katanya penuh ceria.