IPOH: Seramai 550 peserta mengambil bahagian di dalam Karnival Mewarna Sempena Sambutan Ulangtahun Bandaraya Ipoh ke-30, di Stadium Badminton, di sini, pagi ini.

Karnival itu dibahagikan kepada 4 kategori iaitu kategori A (10-12 tahun), kategori B (7-9 tahun), kategori C (4-6 tahun) dan Fun Colouring.

Selain daripada mewarna, 30 hadiah cabutan bertuah seperti basikal dan skateboard turut disediakan kepada para peserta.

Setiausaha Bandaraya, Mohd Zakuan Zakaria, telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang. 

Zakuan berharap karnival yang diadakan sejak tahun 2010 itu, dapat memeriah dan menceriakan lagi sambutan ulangtahun bandaraya Ipoh.

Beliau juga berharap ia dapat mencungkil bakat mewarna di kalangan kanak-kanak di samping mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan kekeluargaan di kalangan mereka.