KUALA LUMPUR: Enam anggota bomba lemas ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang terjatuh ke lombong di Taman Putra Perdana, Puchong di sini, malam ini.

Difahamkan, enam anggota itu terbabit dalam operasi SAR seorang pemancing berusia 17 tahun yang dikhuatiri lemas selepas tergelincir dan terjatuh ke dalam lombong di Taman​​​​​​​ Putra Perdana, di sini, hari ini.

Pihak bomba dilaporkan menerima panggilan kecemasan pada jam 5.19 petang sebelum lapan pegawai dan anggota sampai di lokasi 30 minit kemudian untuk operasi mencari dan menyelamat mangsa.

Difahamkan, Pasukan Penyelam di Air (PPDA) dari Balai Bomba Shah Alam turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa – berita harian

Berita lanjut menyusul.