Oleh:Nazialita Geynna Maharan

LUMUT: Seramai 60,000 pengunjung dijangka memenuhi Pengkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini bersempena dengan penganjuran Hari Terbuka Armada (HTA) bermula pada 28 sehingga 30 April ini.

f96b684f-3170-4394-bce9-2d48c122324c (1)

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata penganjuran acara berprestij sempena dengan sambutan Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke-83 itu merupakan salah satu peluang keemasan bagi orang ramai untuk menjalinkan hubungan baik dengan pasukan pertahanan negara itu.

Jelasnya, penganjuran HTA selama tiga hari tersebut juga amat unik kerana buat pertama kali dalam sejarah ianya dijalankan secara bersama dengan Agrofest anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia.

7549f1f9-71ea-45e0-bb15-5f76ba297919

“Hari terbuka ini, orang ramai bukan sahaja dapat dapat meneroka, melihat sendiri aset dan keadaan serta kemudahan di TLDM malah mereka juga berpeluang meninjau dan membeli di gerai-gerai Agrofest iaitu Mini MAHA di pengkalan ini.

“Malah, bagi pandangan saya ianya merupakan satu pendekatanStrategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) antara TLDM dan Kementerian Pertanian yang amat bermanfaat, baik bagi pasukan di dalam pengkalan ini atau pengunjung sendiri,”katanya.

98e3c0e5-5af9-4c17-b5f4-cf2aac5f2733

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan HTA sejurus selepas menyampaikan Anugerah Peladang,Penternak dan Nelayan Negeri Perak di Pangkalan TLDM di sini pada Jumaat.

Katanya lagi,hubungan akrab di antara NBOS ini merupakan satu contoh positif dan wajar dicontohi oleh agensi dan jabatan lain di seluruh negara.

Sebelum itu, beliau tiba sekitar jam 9.30 pagi tadi dan diiringi oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin dan berkesempatan meninjau keadaan sekitar Armada dan gerai-gerai Agrofest untuk acara berkenaan.

9539ba20-4813-421c-8492-e117e66b1d40

TLDM juga mengambil kesempatan untuk memberi ruang kepada orang ramai untuk melawat dengan empat segmen utama selain berkonsepkan karnival siang dan malam dengan kerjasama semua Markas Formasi, Unit Naungan dan kakitangan secara keseluruhan.

4eb1d3ef-7911-4eae-b57b-52e964a086d2

b99ef48b-f80c-4171-8b5b-db45890efef3

Ia akan mulai dibuka kepada pengunjung seawal jam 9 pagi sehingga 10 malam dan orang ramai diberi peluang untuk melihat aset TLDM secara lebih dekat di samping berinteraksi bersama kakitangan.

70d357fa-b8ec-48c4-9adc-00f501f4f29c