KUALA LUMPUR: Sebanyak 623 unit rumah Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) yang dibina di Lumut kini memasuki fasa pengundian.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir telah mencabut undi lima pemohon bertuah untuk menerima rumah berkenaan itu.
Sesi pengundian itu telah diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sempena Perhimpunan Agong UMNO 2016 pada Rabu.

 

Jurucakap PR1MA memberitahu, selain di Lumput, perbadanan tersebut akan memulakan sesi pengundian selama tiga hari di PWTC melibatkan 3,047 unit kediaman mampu milik di Woodford Estate, Sabah dan Cyberjaya Lakefront, Sepang.

Menurutnya, program tersebut bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman tentang ketelusan proses pengundian unit-unit rumah di bawah PR1MA.

Dr Zambry turut telah meluangkan masa hampir 30 minit mendengar taklimat dari wakil PR1MA di booth berkenaan.