TELUK INTAN – Tujuh buah kenderaan dalam proses pelupusan di sebuah garaj bengkel hangus dijilat api apabila terbakar dalam satu kejadian di Batu 4, Jalan Maharajalela, di sini, malam tadi.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan mengesahkanmenerima panggilan pada pukul 9.17 malam dan menghantar pasukan anggota ke tempat kejadian.

“Setibanyaa jentera di lokasi, didapati api sedang marak membakar hampir tujuh buah kereta di bawah garaj bengkel yang tidak berdinding.

“Kenderaan itu diletakkan di situ kerana masih dalam proses untuk dilupuskan.

“Anggota jentera ‘Fire Rescue Tools’ (FRT) Teluk Intan 1 telah bertindak membuat pemadaman menggunakan satu aliran 200 kaki dua pancutan dari arah hadapan bengkel manakala anggota jentera FRT Teluk Intan 2 membuat pemadaman menggunakan satu aliran 200 kaki sati pancutan dari arah sebelah bengkel dengan bersumberkan air dari pili bomba berdekatan sehingga api dipadamkan sepenuhnya,” ujar beliau ketika dihubungi Suara Perak.

Operasi pemadaman turut dibantu oleh Persatuan Komuniti Sukarelawan Teluk Intan, Pasukan Bomba Sukarelawan (PBS) Langkap dan PBS Air Hitam.

Tiada mangsa yang dilaporkan mebgalami kecederaan, tambah beliau.

Operasi diketuai oleh Penolong Penguasa Bomba Zulkafle Abdullah dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 11.28 malam.