GEORGETOWN: Tujuh motosikal dan tiga kereta hangus dalam kebakaran di tingkat empat Menara Riverview, Jalan Sungai Pinang, jam 4.22 pagi tadi.

Dalam kejadian itu, bomba menerima panggilan pada jam 4.22 pagi sebelum api berjaya dipadamkan pada jam 5.16 pagi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, berkata kebakaran itu memusnahkan kesemua kenderaan berkenaan dan pihaknya masih menyiasat punca dan kerugian.

Difahamkan, kebakaran membabitkan kereta dan motosikal di kawasan itu adalah kejadian kali kedua.

Penduduk di situ mendakwa ia adalah tindakan khianat individu tidak bertanggungjawab yang bertindak membakar motosikal dan kereta milik penduduk.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.