KUALA LUMPUR : Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima serahan zakat perniagaan daripada 6 agensi dan syarikat bernilai RM 3.44juta bagi pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) di Istana Perak, Changkat Persekutuan pada Khamis.

Turut hadir ke majlis penyerahan zakat ini ialah Yang Dipertua MAIPk, Tan Sri Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Shahrul Azam Shaari.

Dalam majlis itu, Bank Pembangunan Malaysia Berhad menjadi agensi tertinggi membuat pembayaran zakat perniagaan bagi tahun kewangan berakhir 2018 iaitu sebanyak RM 1,300,000.00.

Diikuti KAF Investment Bank Bhd berjumlah RM928,000.00, Koperasi Perladangan Kawasan Bagan Datuk Perak Bhd berjumlah RM523,516.30, Risda Negeri Perak RM383, 389.47, Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak RM200,000.00 dan Gerbang Alaf Restaurant RM101,000.00.

Selain itu, minggu ini juga MAIPk menerima zakat perniagaan daripada tiga agensi di majlis yang berlainan iaitu daripada FGV Holdings Berhad RM 105,739. 00, Gitn Sdn. RM 95,000.00 Bhd. dan Prosontech Sdn Bhd RM 25,000.00.

Majlis penyerahan zakat itu diterima oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk Shahrul Azam Shaari