SEPERTI dikongsikan rakan rakan artis di Instagram, pelawak terkenal Abam Bocey dilaporkan telah meninggal dunia selepas mengadu demam dan sakit kepala.

“Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi bila ajak ke hospital, dia tak mahu”

ke hospital, dia tak mahu”

“Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. TapI, pagi tadi saya kejutkan untuk solat subuh, namun dia tak ada tindak balas daripada dia,” kata isteri Abam Bocey.

Jenazah dibawa ke Masjid Gombak Utara untuk disolat sebelum dikebumikan hari ini.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umat Mokhtar Syed Mohd Redzuan meninggalkan isteri dan seorang anak lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lima bulan.

Dalam kumpulan Bocey, selain Abam ia turut dianggotai Fad dan Acey.