PETALING JAYA: Abang kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar meninggal dunia pada awal pagi Jumaat.

Muhammad Ali Abu Bakar meninggal dunia pada pukul 1.56 pagi Jumaat di Hospital Tuanku Jaafar di Seremban kerana masalah buah pinggang, kencing manis dan tekanan darah tinggi.

Jenazah akan dibawa ke Taman Guru, Sungai Landak, Senawang sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Senawang.