SEOUL/KUALA LUMPUR: Abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dibunuh di Malaysia, lapor Agensi Berita Yonhap dan media Korea Selatan pada Selasa, memetik sumber tidak dikenali.

Yonhap yang memetik sumber kerajaan Korea Selatan berkata, Kim Jong-nam terbunuh pada pagi Isnin di Malaysia.

Ia bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut.

Rangkaian kabel televisyen TV Chosun melaporkan Kim diracun di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur oleh dua wanita dipercayai perisik Korea Utara.

Ia memetik sumber Kerajaan Korea Selatan.

Polis Malaysia memberitahu Reuters bahawa seorang lelaki warga Korea Utara yang tidak dikenal pasti meninggal dalam perjalanan dari KLIA ke hospital.

Polis berkata, identiti lelaki berkenaan masih belum disahkan. – Reuters
Read more at http://wwwdotmstardotcomdotmy-1863574775.ap-southeast-1.elb.amazonaws.com/berita/berita-semasa/2017/02/14/kim-jong/#0EZCyyO23BJgst9d.99