PETALING JAYA: Polis mengesahkan memberi kebenaran kepada penganjur untuk mengadakan acara sambutan Hari Hak Asasi Manusia anjuran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), di Padang Timur, di sini, hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor, berkata pihaknya berkawal seperti biasa di sekitar padang terbabit bagi menjaga aliran trafik dan memantau keselamatan orang awam.

“Ada (terima kebenaran daripada penganjur).

“Kawalan (polis) macam biasa, jaga keamanan dan kawal trafik,” katanya pada NSTP, hari ini.

Sementara itu, tinjauan wartawan NSTP mendapati lebih 10 anggota polis ditempatkan di lokasi itu sebagai langkah siap siaga jika berlaku sebarang kekecohan dicetuskan pihak luar – berita harian