KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengulangi kenyataan bahawa wujud konspirasi politik terhadap Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Ujar Perdana Menteri, beliau percaya konspirasi itu dibuat untuk menjatuhkan Timbalan Presiden PKR itu.

“Saya nampak ini satu gerakan politik bukan jenayah.

“Jenayahnya adalah ada pakatan untuk menjatuhkan Azmin,” kata beliau kepada media di lobi Parlimen, hari ini.

Tambah Dr Mahathir, sekiranya seseorang didapati bersalah, individu berkenaan akan cuba untuk menyembunyikan dirinya namun ia berbeza dengan Haziq apabila tampil mengaku perbuatannya dengan mengheret Azmin.

“Itu kita hairanlah. Biasanya orang yang macam itu nak sembunyi, dia malulah. Tetapi ini tidak malu,” kata beliau.

 

-MalaysiaGazette