IPOH: Seorang wakil rakyat daripada UMNO sebak ketika menceritakan bagaimana dihalang menggunakan dewan orang ramai untuk satu program untuk rakyat.

Jamilah Zakaria (BN-Trong) berkata, ini menyebabkan beliau terpaksa menyewa empat buah khemah untuk menjayakan program pemeriksaan kesihatan percuma
untuk rakyat di kawasannya.

Menurutnya, lebih menyedihkan ialah notis larangan menggunakan
dewan itu hanya dimaklumkan pada saat akhir oleh pihak Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

“Program pemeriksaan kesihatan untuk warga emas itu bukan program politik, jadi mengapa MPKK tidak membenarkan penggunaan dewan orang
ramai,” katanya ketika mencegah ketika Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menggulung perbahasan di Dewan Undangan Negeri pada Selasa.

Jamilah mendakwa, beliau juga dihalang menggunakan masjid bagi mengadakan kelas tuisyen untuk pelajar.

Ahmad Faizal dalam reaksinya berkata, penggunaan premis kerajaan seperti dewan orang ramai untuk tujuan politik, tidak dibenarkan.

Katanya, larangan itu berkuatkuasa untuk semua parti politik, termasuk parti komponen Pakatan Harapan (PH).