Subscribe Now

Trending News

Affin Islamic, Gading Kencana kerjasama bina projek solar
Nasional

Affin Islamic, Gading Kencana kerjasama bina projek solar 

KUALA LUMPUR 7 Feb  – Affin Islamic Bank Bhd. mengumumkan usaha sama dengan Gading Kencana Development Sdn. Bhd. bagi membina Projek Solar Photovoltaic Berskala Besar (LSSPV) 30 megawatt (MW) di Bidor, Perak. .

Ketua Pegawai Eksekutif Affin Islamic, Nazlee Khalifah berkata, syarikat itu akan memberi pembiayaan berjumlah RM130.34 juta untuk projek tersebut selama 16 tahun melibatkan ladang solar seluas 39.65 hektar.

“Affin Islamic amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Gading Kencana bagi menyokong inisiatif kerajaan dalam projek kelestarian tenaga di Malaysia,” katanya dalam majlis perjanjian antara kedua-dua entiti itu di sini hari ini.

Majlis menandatangani perjanjian usaha sama strategik tersebut disaksikan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Ahmad Maslan. – UTUSAN ONLINE

 

Related posts