KUALA LUMPUR: Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dijangka menerima bayaran kedua bantuan berkenaan pada Jun depan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata bantuan itu akan diberikan sebelum Aidilfitri.

“Seperti mana yang diarahkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, BR1M (yang akan diberikan nama lain) akan dibayar pada bulan Jun sebelum Aidilfitri.

“Maklumat lanjut akan diumumkan pada minggu depan,” katanya menerusi akaun Twitter rasminya @guanenglim, sebentar tadi.

Pengagihan BR1M dilakukan secara berperingkat dan kira-kira tujuh juta penerima seluruh negara sudah menerima bantuan fasa pertama pada 26 Februari lalu – berita harian