KUALA LUMPUR : Permodalan Nasional Bhd. (PNB) mengumumkan agihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun 2019 sebanyak 5.50 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 2019.

Jumlah itu adalah 5.00 sen seunit bagi agihan pendapatan dan 0.50 sen seunit bagi bonus.

Pengumuman agihan itu selari dengan ramalan para penganalisa pasaran berikutan prestasi Bursa Malaysia yang sangat lemah sejak awal tahun.

Setakat hari ini, penanda aras Indeks FBMKLCI telah menurun sebanyak 7.2 peratus, menjadikannya indeks terlemah di dunia.

PNB memperuntukkan jumlah agihan sebanyak RM9 bilion bagi agihan pendapatan ASB yang akan dimanfaatkan 10 juta pelabur.

Tahun lepas, ASB mengagihkan pendapatan sebanyak 6.50 sen seunit dan bonus sebanyak 0.50 sen.