PASIR SALAK – Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pasir Salak menyuarakan rasa kecewa dan terkilan mereka terhadap president parti Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang merestui senarai calon bertanding bagi negeri ini yang disifatkan tidak realistic serta tidak adil.

Ketua Cabang Noor Azwan Ramli mendakwa, tindakan Wan Azizah itu akan menyebabkan kesan yang amat mendalam bukan sahaja parti tetapi juga kepada rakyat Malaysia yang ingin melihat perubahan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kali ini.

“Saya amat kecewa dengan tindakan Preisden yang telah mengkhianati kepercayaan akar umbi dengan meletakkan nama-nama orang tertentu yang tidak pernah menabur khidmat bakti di kawasan tertentu.

“Dari sudut pengurusan parti, seolah-olah demokrasi telah mati di dalam Keadilan,” kataya pada satu sidang media khas di sini pada Khamis.

Dakwa Noor Azwan, ahli akar umbi kecewa dan tertanya mengapa golongan yang telah lama berkhidmat di kawasan tertentu yang sejak sekian lama menjalankan tugas mereka sebagai penyelaras parlimen dan DUN dipinggirkan daripada dipilih menjadi calon oleh pucuk pimpinan.

“Untuk menjadi wakil kepada rakyat, seseorang itu bukan sahaja diukur melalui KPI tertentu yang ditetapkan tetapi terdapat keperluan yang amat jelas bahawa wakil rakyat perlu mendapat sokongan daripada ahli parti.

“Tindakan presiden dengan tidak langsung membuka ruang bebincang di peringkat cabang adalah satu tindakan yang teramat salah dan tidak adil untuk semua ahli parti yang telah bertungkus lumus menaikkan nama keadilan di merata tempat selama ini,” dakwa Noor Azwan.

Justeru beliau menegaskan beliau menentang sekeras-kerasnya sebahagian daripada calon yang telah direstui oleh Wan Azizah dan menyifatkannya sebagai satu langkah yang akan memakan diri pada PRU-14.

“Presiden haruslah bermunasabah diri, belum pun tamat waktu pilihanraya, Keadilan telah menempah kebejatan akibat presidennya yang degil dan kemaruk kuasa.

“Sedarlah Datuk Seri Presiden, bahawa ini bukanlah cara politik yang telah diajarkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada kami, Presiden telah mengkhianati aspirasi dan semagnat refomis ketua Umum PKR yang kami hormati,” dakwa beliau.