KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan semua ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO bersama dengan seluruh ahli UMNO mengucapkan takziah ke atas ahli keluarga dan sanak saudara Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Zainudin Ismail yang meninggal dunia sebentar tadi.

Zainuddin juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Jelebu, mewakili parti UMNO dari Barisan Nasional.

Beliau memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) dengan memperoleh sebanyak 22,114 undian atau 58%.

Difahamkan, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira pukul 7.30 malam tadi.

Jenazah masih berada di 33D-16-06 Villa Puteri Condo, Jalan Tun Ismail Kuala Lumpur.

Justeru, marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah ke atas Allahyarham dan semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman – Al-Fatihah. – MediaUMNO