PETALING JAYA: Beberapa ahli politik dipercayai menerima wang sogokan daripada kajian kebolehlaksanaan terowong dasar laut Pulau Pinang.

Sumber yang biasa dengan siasatan itu berkata, rasuah yang diterima adalah antara beberapa ratus ribu sehingga jutaan ringgit.

“Pada peringkat ini, pegawai siasatan cuba menyiasat bagaimana salah laku itu berlaku dan bagaimana pembayaran dibuat.

“Dipercayai bahawa perkara itu boleh dikaitkan dengan pertukaran kedua-dua tanah tersebut sebagai bayaran untuk kajian kebolehlaksanaan,” kata sumber itu sambil menambah bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa saksi berhubung isu tersebut.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki bagaimanapun enggan mengulas.
-mStar