IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyerahkan surat peletakan jawatan selaku Menteri Besar Perak.

Ahmad Faizal memaklumkan perkara itu sebaik saja keluar daripada menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta di sini pagi ini.

Ahmad Faizal yang juga Ketua Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Perak berkata, peletakan jawatan beliau juga bermakna perlucutan jawatan semua ahli EXCO

Semalam beliau mengumumkan BERSATU dan Perikatan Nasional (PN) mempunyai 32 ADUN untuk membentuk kerajaan baru.

Ahmad Faizal berkata, empat ADUN BERSATU keluar daripada Pakatan Harapan (PH) dan mereka bergabung dengan 25 ADUN UMNO serta tiga ADUN PAS.