SERI KEMBANGAN : Beberapa pemimpin antaranya Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sudah berada di kediaman bekas peribadi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ahmad Zahid yang hadir di perkarangan The Mines Residence jam 2.35 petang tadi dengan menaiki Toyota Vellfire berwarna perak.

Turut memasuki perkarangan kediaman Dr Mahathir adalah Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Berada di belakang, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Turut dipercayai ada di kediaman Dr Mahathir adalah Pengerusi Bersatu Perak, Datuk Seri Faizal Azumu.

Sebelum ini, tiga kenderaan rasmi menteri memasuki pintu B, The Mines Residence.

Kelihatan Timbalan Presiden PKR yang dipecat, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden yang juga dipecat, Zuraida Kamaruddin. –MalaysiaGazette