Shah Alam: Dua beradik maut selepas dilanggar komuter berhampiran Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Padang Jawa di sini, semalam.

Dalam kejadian 6.21 petang itu, mangsa Sabiran Musa, 40, dan adiknya Nizam Ridzuan Musa, 36, menyeberangi landasan untuk ke kedai runcit berhampiran.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, komuter itu yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Klang.

Menurutnya, kedua-dua mangsa bekerja dengan membantu bapa menjual ayam di Seksyen 16, di sini.

“Mayat kedua-duanya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah( HTAR) untuk bedah siasat.

“Siasatan mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

-myMetro