IPOH: Akademi Sukan Berkuda Amanjaya akan dilancarkan di Ipoh pada Januari 2017.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahaya berkata, bagi peringkat pertama, seramai 60 peserta di kalangan pelajar sekolah dan pelajar kelainan upaya (OKU) seluruh negeri akan dipiih menyertai akademi tersebut.

Menurut beliau akademi itu akan memulakan operasi secara berperingkat-peringkat kerana ia melibatkan kos yang agak tinggi.

“Kerajaan negeri melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) akan bekerjasama mengenal pasti peserta yang berpontesi untuk diserapkan di bawah program ini,” katanya ketika menggulung bajet 2017 Perak dalam Sidang DUN pada Jumaat.

Namun, kata Shahrul, kerajaan negeri masih lagi menimbang untuk mengadakan akademi itu di Perak Truf Club (PTC) atau Iskandar Polo Club (IPC).

“Akademi ini akan beroperasi di lokasi cadangan, sama ada di PTC atau IPC di mana program latihan ada secara berjadual empat sesi sebulan,” ujarnya.