AUSTIN: Juara dunia, Lewis Hamilton menegaskan, dia yakin “100 peratus” akan muncul seorang lagi Schumacher dalam F1 (Formula Satu)“ – ketika menyokong langkah Mick Schumacher yang mahu mengikut jejak bapanya, Michael sebagai seorang legenda.

“Pertama sekali, kerana nama besar yang dibawanya, tetapi dia melaksanakan tugas dengan baik sekali,” kata Hamilton ketika mengulas kejayaan pelumba berusia 19 tahun berkenaan yang muncul juara 3 kali Formula 3 di Eropah, hujung minggu lalu.

“Jika dia mempunyai impian mahu menjadi pemandu, saya pasti dia akan menyertai F1. Dia bertuah kerana memiliki nama besar, biarpun dia belum mencapai tahap sepatutnya,” tambah pelumba bintang Mercedes berkenaan.

“Tetapi dia (Mick) bekerja keras dan remaja yang baik….dia menghabiskan masa hujung minggu bersama pasukan. Tahun lalu, saya fikir dia sangat aktif dan prihatin.

“Dia mempunyai bakat seperti bapanya, jadi saya tidak fikir namanya itu adalah satu beban dan dia akan menjadi seorang yang hebat dalam sukan ini.”

Hamilton bercakap di luar konteks menjelang saingan Grand Prix (GP) Amerika Syarikat, pada Ahad ini – di mana dia bakal dinamakan sebagai pelumba ketiga yang berjaya meraih gelaran juara dunia F1 sebanyak lima kali. – AFP