IPOH: Dua penjenayah bukan sahaja terkejut malah terus melarikan diri sebelum sempat merompak apabila alat penggera keselamatan sebuah kedai emas di Jalan Sultan Iskandar di sini, berbunyi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.25 tengahari, hari ini, penggera dibunyikan pemilik premis selepas dua lelaki bertopi keledar, termasuk seorang bersenjatakan kayu, meluru memasuki premis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohamad Nordin Abdullah berkata, suspek yang membawa kayu memukul kaca meja pameran sebanyak dua kali sementara rakannya bersedia membawa beg galas.

Bagaimanapun, sebaik pemilik membunyikan alat penggera kecemasan, kedua-dua suspek bertindak melarikan diri menaiki sebuah motosikal.

“Ketika kejadian, suspek dipercayai memakai baju kemeja berwarna putih dan kelabu serta berseluar panjang.

‚ÄúSetakat ini jenis dan nombor pendaftaran motosikal digunakan belum dapat kita kenal pasti,” katanya.

Menurut Mohamad Nordin, tiada sebarang kecederaan atau kehilangan barang kemas susulan kejadian itu.

Katanya, kerugian hanya melibatkan meja kaca yang telah retak akibat diketuk suspek.

“Usaha mengesan suspek telah digerakkan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan,” ujarnya.