KUALA LUMPUR : Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menzahirkan rasa syukur dipercayai merujuk kepada hasil laporan analisis pakar ke atas video seks yang dikaitkan dengannya.

“Alhamdulillah, syukur,” katanya dalam ciapan dalam laman Twitter rasmi beliau, semalam.

Semalam, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, analisis pakar ke atas video tersebut yang dikaitkan dengan seorang menteri tidak dapat mengaitkan pelaku dengan ahli politik berkenaan.

Kata Abdul Hamid, proses pengecaman wajah ke atas video lucah itu yang dibuat oleh CyberSecurity Malaysia adalah negatif, walaupun kebarangkalian ketulenan video lucah terbabit adalah tinggi.

 

– UTUSANONLINE