KUALA LUMPUR – Aliran trafik bergerak lancar di semua lebuh raya utama setakat pukul 9 pagi ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata tiada kawasan di Lebuhraya Utara-Selatan yang dilaporkan bergerak perlahan setakat ini.

“Aliran trafik dilaporkan masih terkawal dan lancar di kedua-dua arah Selatan dan Utara,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia berkata aliran trafik juga masih terkawal dan lancar di semua kawasan Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

– Bernama