KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di perairan Perak, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang hingga 50 kilometer sejam (km/j) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian hingga 3.5 meter.

Kawasan tumpuan bagi ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sekitar Perak adalah daerah Kerian, Larut, Matang dan Selama; Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Manjung, Perak Tengah, Muallim dan Batang Padang.

Di Pahang pula adalah daerah Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Pekan dan Kuantan.

Di Kelantan, daerah Lojing manakala di Terengganu, daerah Dungun dan Kemaman juga mengalami ribut petir berserta angin kencang.

– BHOnline