PETALING JAYA: Anak lelaki S Samy Vellu sedang mendapatkan perisytiharan dari Mahkamah Tinggi bahawa bekas presiden MIC itu mempunyai masalah mental untuk mempertahankan diri berhubung 2 tindakan undang-undang terhadapnya.

Vell Paari berkata, bapanya, Samy, yang terkenal sebagai menteri kerja raya di bawah pentadbiran Dr Mahathir Mohamad 2 dekad lalu, didiagnosis menghidap demensia akibat penyakit Alzheimer 2 tahun lalu.

“Bagaimanapun, saya telah memfailkan permohonan sehingga sekarang. Tindakan yang difailkan terhadap bapa saya harus dipertahankan dan saya perlu diberi kuasa dengan betul oleh mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Kerana dia mengalami demensia, ingatan ayah saya lemah dan dia ada masalah untuk mengingat kejadian tertentu.

“Kesannya, dia perlu dibantu mengurus hal peribadi dan kewangannya,” katanya, sambil menambah beliau diberi kuasa untuk berbuat demikian selepas bapanya diagnosis.

Beliau juga berkata keadaan bapanya tertakluk di bawah Akta Kesihatan Mental 2001.

Vell Paari berkata, beliau dan ayahnya “tidak mempunyai kesukaran atau perbezaan dalam hubungan kami”.

Katanya, ibu dan kakaknya menyedari tentang permohonan itu dan menyokong langkah tersebut.