Balik Pulau: Mayat nelayan yang dilaporkan hilang ketika menangkap udang, Rabu lalu akhirnya ditemui pada kedudukan 1.1 batu nautika barat Pantai Malindo, Balik Pulau petang semalam.

Mayat mangsa, Chin Choon Wooi, 77, ditemui anaknya, 6.45 petang semalam sebelum dibawa ke jeti nelayan Kampung Acheh, Balik Pulau untuk diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Pengarah MaritimDaerah Maritim 2 Pulau Pinang, Kepten Maritim Rozali Mohd Said berkata, mangsa dilaporkan hilang selepas dipercayai terjatuh dari bot pagi Rabu sebelum laporan polis dibuat.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamatmangsa diaktifkan pad a2.45 petang kelmarin dan operasi terpaksa ditangguh pada 7.30 malam sebelum disambung semula pagi semalam.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat,” katanya.

-myMetro