GAZA: Tentera rejim Zionis membunuh tujuh penduduk Palestin dan mencederakan ratusan lagi dalam demonstrasi antara yang terbesar dianjurkan sepanjang sempadan Gaza-Israel sejak beberapa tahun ini.

Antara yang terkorban ialah remaja 16 tahun dan kebanyakan terkena tembakan, menurut pasukan perubatan Palestin yang menganggarkan bilangan mangsa cedera kira-kira 500 menjelang tengah hari.

Tentera Israel berkata, tenteranya menggunakan cara menyuraikan rusuhan dan melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan dan sebahagian mereka menggolekkan tayar terbakar dan membaling batu di pagar sempadan dan ke arah tentera. – Reuters