Oleh: Nazialita Geynna Maharan

KAMPAR: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menyifatkan komen daripada Tan Sri Annuar Musa sebagai satu penghinaan kepada agama Islam dan tindakan yang terdesak mencari populariti semata-mata.

Semalam(Ahad), Ahli Parlimen Ketereh, Annur Musa memberitahu orang Melayu seharusnya sedar yang Penasihat DAP, Lim Kit Siang sememangnya mengamalkan perjuangan berasaskan perkauman.

Kit Siang, yang hadir dalam perjumpaan bersama dengan masyarakat Cina di Pusat Khidmat DAP Malim Nawar pada petang Isnin berkata tindakan Annuar Musa yang memberi komen sedemikian adalah berikutan tekanan yang kini dialaminya setelah dipecat sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Bagi saya, apa yang dia (Annuar) buat ini adalah satu penghinaan besar kepada Islam.

Saya nak cakap dia bapa perkauman, kalau dia berani dia boleh saman saya, sama ada dia saman saya, atau saya saman dia.

Beliau turut menyentuh mengenai tindakan Annuar Musa yang akan bertanding menentang Tunku Mahkota Johor, TMJ dalam merebut kerusi Presiden FAM pada Sabtu ini.

“Dia (Annuar), kini diberhentikan sebagai Pengerusi MARA,ini sangat memalukan dia sepatutnya meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen, belum pernah seorang pengerusi MARA dipecat daripada jawatannya.

“Jadi dia sangat tertekan, sehingga dia rela cakap apa yang tidak berasas, hari Sabtu ini pun nak bertanding dengan TMJ untuk Presiden FAM, nak guna peluang ini untuk terkenal.