CHERAS: Rusli Ibrahim yang juga adik kandung kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengesahkan Ketua Umum PKR itu akan dibebaskan, Selasa ini.

“Pada pagi Selasa ini, Jawatankuasa Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V bersidang bagi membincangkan perkara itu.

“Insya-Allah, Lembaga Pengampunan akan bersidang, tentukan masa. Besar kemungkinan, Selasa (Anwar dibebaskan).

RUSLI Ibrahim adik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan media selepas berjumpa Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendapatkan rawatan di Pusat Rehabilitasi Cheras. – Foto Mohd Yusni Ariffin
“Yakin hari Selasa. Hanya dia (Anwar) akan pergi tandatangan Agong. Selepas itu, Agong akan panggil dia ke istana dan terus bebas,” katanya kepada pemberita selepas melawat abangnya di Hospital Rehabilitasi Cheras, hari ini.

Rusli berkata, selepas bersidang, Anwar akan segera dibawa ke istana kerana Agong secara peribadi mahu berjumpa dengannya – berita haran