KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara rasmi diumumkan sebagai presiden PKR, menurut Bernama di Twitter.

Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) turut mengumumkan pada Kongres Nasional PKR bahawa Datuk Seri Azmin Ali mengekalkan jawatannya sebagai timbalan presiden PKR, menewaskan Rafizi Ramli bagi jawatan tersebut dalam pemilihan parti.

Barisan kepimpinan PKR yang baharu termasuk Nurul Izzah Anwar, Zuraida Kamaruddin, Xavier Jeyakumar dan Tian Chua sebagai naib presiden.

Berita lanjut menyusul. – The Star