KUALA LUMPUR : Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di tanah air selepas mengerjakan haji ke Mekah bersama isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini, dimuat naik menerusi kiriman gambar dalam Facebook rasminya.

“Alhamdulillah selamat tiba. Terima kasih atas doa semua,” katanya dalam akaun media sosial tersebut sebentar tadi.

Anwar dan Dr. Wan Azizah berangkat ke Mekah pada 7 Ogos lalu bagi menunaikan rukun Islam kelima itu.