ANTKATAN Pertahanan Awam (APM) melaksanakan Op Bantu bermula esok hingga 18 Jun ini sempena Aidilfitri bagi membantu pengguna jalan raya yang mengalami masalah atau kecemasan.

Ketua Pesuruhjayanya Datuk Azmy Yahya berkata, pihaknyaakan menugaskan 1,746 anggota dan pegawai di 114 laluan di jalan Persekutuan dan jalan negeri yang dikenal pasti di seluruh negara.

APM juga menugaskan pasukan perubatan yang bertindak sebagai Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) apabila berlaku kecemasan, katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, antara tindakan yang akan diambilsepanjang rondaan termasuk memberi rawatanawal jika berlaku kemalangan, membantu pengguna kenderaan yang kehabisan bahan api dan kerosakan kecil, membantu menukar tayar kenderaan serta mengalihkan bangkai haiwan.

Katanya Op Bantu menerima 633 kes membabitkan 1,785 mangsa pada tahun lepas berbanding 504 kes melibatkan 1,206 mangsa menerusioperasi yang dijalankan di seluruhnegarapada 2016.

Dalampada itu, APM juga katanya akan terlibat dengan Op Selamat bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), JabatanPengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi memantau keselamatan jalan raya pada tujuh hari sebelum dan tujuh hari selepas hari raya.

“Seramai 80 anggota dan pegawai APM akan ditugaskan pada Op Selamat bersama aset seperti ambulans, motosikalperonda serta kenderaan pacuanempat roda 4 x 4 bagi menghadapisebarangkemalangan termasuk kejadian pokok tumbang,” katanya – hmetro