APPLE melancarkan tiga model iPhone iaitu XS, XS Max dan XR yang mempunyai keunikan warna dengan saiz berbeza.

iPhone XS dan XS Max dibezakan dengan saiz mempunyai rekaan bucu-ke-bucu yang minimum dan lasak berdasarkan ciri IP68 mampu masuk air sedalam dua meter selama 30 minit.

Berdasarkan warna kelabu dan emas, ia dikuasakan pemprosesan baru, A12 Bionic dengan cip 7nm dan 6.9 bilion transistor. Selain itu, ia dilengkapi enam core CPU dan empat core GPU yang menyediakan prestasi dua kali lebih baik berbanding model iPhone terdahulu.

Model iPhone XS bersaiz 5.8 inci manakala iPhone XS Max pula 6.5 inci.

Ia menggunakan teknologi kamera inframerah dengan rangkaian ‘neural’ manakala data tidak akan disimpan di sistem pelayan.

Model iPhone XS dan XS Max juga ditawarkan pada storan sehingga 64GB, 256GB atau 512GB menggunakan paparan OLED yang menyokong HDR dalam Dolby Vision serta HDR10.

Kamera depan beresolusi 7 megapiksel manakala dwi kamera utama beresolusi 12 megapiksel keduanya.

Buat pertama kali, iPhone dibekalkan dengan dua slot kad SIM.

Satu lagi model iPhone XR datang dengan warna biru, merah, kuning, putih, emas dan hitam.

iPhone XR datang dengan IP67 dikuasakan A12 Bionic bersama paparan 6.1 inci dengan Liquid Retina (paparan jenis LCD).

Kamera depan beresolusi 7 megapiksel manakala kamera utama 12 megapiksel f/1.8 menjadikan imej lebih cantik.

iPhone model terbaru ini boleh merakam video dengan audio stereo.

Apple iPhone XS dan XS Max boleh ditempah mulai 21 September ini manakala iPhone XR bermula 17 Oktober, namun Malaysia bukan negara fasa pertama yang menerimanya.

Harga iPhone baru itu bermula kira-kira RM3,699 – hmetro