WANITA Arab Saudi memasuki stadium bola sepak buat kali pertama di Bandar Sukan King Abdullah di Jeddah.

Buat kali pertama bagi mana-mana sukan dalam kerajaan Arab Saudi, seluruh keluarga dialu-alukan menyaksikan perlawanan – walaupun pendirian untuk membenarkan wanita itu masih memisahkan mereka dari semua bahagian lelaki.

Arab Saudi melonggarkan sekatan terhadap wanita dalam satu siri pembaharuan sosial yang diketuai oleh putera mahkota berusia 32 tahun.

Pada Jun lalu, wanita juga dibenarkan memandu.

Pasukan keselamatan wanita bertugas semasa perlawanan pada Jumaat untuk tontonan peminat kaum Hawa buat kali pertama, dengan kebanyakannya memakai tudung hitam bersama dengan abaya, serta memakai jubah hitam.

Terdapat papan tanda dalam bahasa Arab di bahagian ‘keluarga’ memberitahu ‘Selamat datang keluarga Saudi’ semasa pengunjung wanita melalui tempat parkir kereta dan pintu masuk stadium.

Antara tambahan baharu lain ialah tandas dan surau wanita. – Mirror