IPOH: Kesemua stesen penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) seluruh negara akan dikaji semula bagi memastikan aspek keselamatannya berada di tahap terbaik.

 

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPJ, Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata, antara aspek yang akan dikaji semula adalah kedudukan balai pengawal, kamera litar tertutup (CCTV) dan lokasi kenderaan diletakkan.

 

Katanya, tindakan itu diambil susulan kejadian lima kenderaan termasuk tiga kenderaan jabatan itu disyaki dibakar oleh individu tidak diketahui di Stesen Penguatkuasaan JPJ Timbang Lori Kuala Kangsar baru-baru ini.

 

“Kita akan lihat semula keperluan sama ada untuk membina tembok batu mengelilingi kawasan setesen penguatkuasaan kerana pagar sedia ada mudah dipotong,” katanya pada sidang media selepas program advokasi dan pemantauan sempena Op Tahun Baharu Cina di Terminal Amanjaya di sini, hari ini.

 

Dalam kejadian jam 2.30 pagi Selasa itu, tiga kenderaan JPJ membabitkan dua jenis Toyota Fortuner dan satu Ford Ranger serta dua kereta disita jenis Volvo yang diparkir di kawasan jabatan itu masing-masing musnah terbakar 90 dan 70 peratus.

 

Wan Ahmad Uzir berkata, ketua cawangan, anggota serta pengawal bertugas di Stesen Penguatkuasaan JPJ Timbang Lori di Kuala Kangsar dan dua pemilik kenderaan awam yang terbakar itu sudah diambil keterangan oleh polis bagi membantu siasatan kes berkenaan.

 

“JPJ tidak gentar dengan ugutan mana-mana sindiket atau individu yang cuba melakukan ancaman seperti itu kerana kesemua anggota sentiasa komited dengan tugasan.

 

“Kita akan beri kerjasama sepenuhnya kepada polis sehingga individu yang membakar kenderaan-kenderana itu ditahan,” ujar beliau.

 

Semalam, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Penolong Pesuruhjaya Bomba (PPjB) Sayani Saidon berkata, hasil analisis terhadap enam sampel yang diambil di lokasi kejadian mendapati terdapat unsur bahan bakar